Advertisement
Kim Pan-gon Dah Lama Intip India
Harimau Malaya
MakanBola
Haziq / MakanBola

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui sudah lama mengkaji kekuatan India sebelum bertemu dalam kejohanan Pestabola Merdeka.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin persiapan berdepan pasukan ke-99 dunia itu perlu dilakukan dengan rapi dengan kekuatan yanh dimiliki.

Mengulas lanjut, Pan-gon memberitahu bahawa barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah lama membuat persiapan kerana yakin India merupakan sebuah pasukan yang dihormati.

“India berada pada kedudukan yang dihormati. Mereka (India) juga merupakan satu lawan yang sukar.”

“Kita (Malaysia) tahu di mana kedudukan kita ketika ini. Saya boleh katakan Malaysia semakin baik dan kami juga sudah pun memantau India dari tahun lepas,” jelas Pan-gon selepas sesi undian.

Keputusan baik India dalam semua perlawanan sejak tahun lalu bakal menjadi cabaran besar buat Harimau Malaya namun jurulatih berusia 53 tahun itu kekal positif.

Malaysia dijadualkan berdepan India pada 13 Oktober 2023 pada jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.