Kim Pan-gon Dapat Masa Secukupnya Persiap  Harimau Malaya Menjelang Kelayakan Piala Asia
Dunia
MakanBola
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon diperuntukkan tempoh masa 3 minggu dalam usaha untuk mempersiapkan pasukan menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), pengendali berusia 52 tahun itu bakal diberi tempoh yang secukupnya untuk membentuk formula terbaik buat Harimau Malaya.

Advertisements

Sebelum ini, pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Myanmar dan juga Hong Kong.

Perlawanan tersebut juga bakal menjadi pentas ujian terbaik buat Pan-gon untuk mengenal pasti kemampuan sebenar para pemain yang dipanggil untuk menampilkan perancangan yang dimahukan di atas padang.

Advertisements

Walau bagaimanapun, tempoh yang diberikan ini haruslah dimanfaatkan dengan baik dalam usaha untuk meningkatkan tahap permainan, keserasian dan juga membentuk kombinasi terbaik dalam kalangan pemain yang dipanggil nanti.

Prestasi pasukan kebangsaan dilihat mula menemui rentaknya kembali setelah diambil alih oleh Pan-gon.

Advertisements

Malah, model permainan berintensiti tinggi yang ditampilkan oleh Harimau Malaya baru-baru ini juga memberikan lebih kayakinan buat para penyokong untuk melihat lebih banyak kejayaan yang mampu dikecapi.

Sasaran Pan-gon adalah untuk memperoleh 7 mata daripada 3 perlawanan menentang Bahrain,Turkmenistan dan juga Bangladesh dalam usaha untuk merebut satu slot automatik dalam yang ditawarkan.

Advertisements

News Comments Account