Advertising
Kim Pan-gon Gembira Dengan Semangat Juang Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pengendali skuad senior negara, Kim Pan-gon gembira dengan persembahan dan semangat juang yang ditampilkan mereka hari ini.

Malaysia membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan apabila berjaya mengikat Syria 2-2 dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Doha, Qatar awal pagi ini.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi meletakkan Harimau Malaya di hadapan pada minit ke-39.

Ad

Syria menyangka telah meraih kemenangan menerusi dua pemain warisan mereka, Pablo Sabbag (minit ke-70) dan Ibrahim Hesar (minit ke-74).

Ad

Bagaimanapun, kapten KL City FC, Paulo Josue merentap semangat juang anak buah Hector Cuper dengan gol penyamaan pada minit ke-78.

Ad
Ad

Pan-gon berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan barisan pemain Harimau Malaya dari awal sampai akhir perlawanan.

Ad

Meskipun ketinggalan pada babak kedua, semangat juang tinggi yang dipamerkan skuad negara memastikan mereka kekal tanpa kalah dengan Syria buat kali kedua dalam dua perlawanan antarabangsa.

Pan-gon percaya sekiranya aspek ini dapat dikekalkan, Malaysia mampu bersaing dengan Jordan untuk aksi pertama Kumpulan E nanti.

“Ya, ia satu permulaan yang baik. Kita dapat bersaing dengan pasukan ke-91 dunia (Syria). Saya gembira dengan persembahan pasukan terutama pada babak pertama.

“Hari ini, kita memberi minit permainan kepada ramai pemain dan membuat banyak pertukaran pada babak kedua. Saya fikir perlawanan ini bukan mudah lebih-lebih lagi bila kita membuat pertukaran pemain.

“Pada minit ke-65, kita membuat pertukaran ramai pemain. Jadi, ini bukan perlawanan mudah. Tapi saya gembira walaupun kita ketinggalan satu gol, kita berjaya menjaringkan gol dan menjadikan keputusan 2-2.

“Pada akhir perlawanan, kita buktikan kita boleh bersaing dengan pasukan ke-91 (dunia) (Syria). Saya fikir perlawanan ini akan memberi keyakinan kepada kita bila menentang Jordan. Saya fikir kita boleh bersaing dari minit pertama perlawanan,” katanya selepas perlawanan.

Selepas ini, Malaysia akan memberi tumpuan kepada aksi pertama Kumpulan E. Skuad negara bakal turun menentang Jordan pada awal pagi 16 Januari 2024.