Advertisements
Malaysia Gah Ikat Syria
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan Syria berkesudahan dengan skuad negara berjaya mengikat lawan dengan keputusan 2-2.

Perlawanan pemanas badan itu menyaksikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menurunkan beberapa pemain terbaik dalam kesebelasan utama pasukan.

Syria yang mendapat sentuhan ketua jurulatih, Hector Cuper tampil dengan strategi tersendiri untuk memburu kemenangan sebelum Piala Asia.

Qasioun Eagles beraksi dengan cukup baik pada 15 minit pertama perlawanan namun Harimau Malaya berjaya memperoleh jaringan menerusi percubaan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan rancak mencari gol untuk mendapatkan kedudukan selesa.

Pemain berbisa Syria, Pablo Sabbaq mempamerkan kemahiran individu yang baik untuk menjadikan kedudukan perlawanan 1-1 sebelum Ibrahim
Hesar memberikan kelebihan buat Syria.

Kapten KL City, Paulo Josue mengubah cerita perlawanan apabila meledak gol kedua negara untuk mengikat kedudukan 2-2.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Malaysia bakal membuka tirai perlawanan Piala Asia berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub.