Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon melambungkan pujian tertinggi kepada pasukan kebangsaan di hadapan orang Korea tentang kualiti pemain yang dikendalikannya ketika ini.
Pengendali berusia 54 tahun itu bercakap kepada laman Korea Selatan, Sport Chosun tentang kehandalan pasukan negara ketika ini termasuklah kejayaan melonjak ke tangga 130 dunia.
Beliau memberikan pandangan jujur tentang perkembangan bola sepak Malaysia termasuklah kejayaan melangkah ke pentas Piala Asia selepas 43 tahun tidak layak secara merit.
“Ada lebih banyak potensi daripada magis. Saya terpaksa menzahirkan potensi saya. Saya meminta pemain untuk membina watak kami sendiri. Saya memberi maklum balas terutamanya pada bahagian yang baik untuk menanam keyakinan.”
“Kami mempunyai barisan kejurulatihan profesional untuk memberikan latihan yang baik dan layanan yang baik kepada pemain. Gabungan perkara yang terhasil hasilnya.”
Pan-gon juga mengulangi hasrat untuk membawa Malaysia ke pusingan 16 terbaik kali ini.
“Matlamat Malaysia adalah realistik untuk mara ke pusingan 16 menerusi wildcard tempat ketiga dalam kumpulan. Terdapat ramai pemain campuran dalam pasukan. Ia hampir dengan Eropah.”
“Pemain tempatan sangat tangkas dan berkemahiran. Suasana pasukan semasa adalah baik. Ia sentiasa baik dengan pasukan yang kuat, dan perlawanan menentang pasukan yang kuat akan menjadi motivasi yang baik,” jelasnya kepada Sport Chosun.
Malaysia berjaya merekodkan 66 peratus kemenangan semenjak dikendalian oleh Pan-gon dan bakal berdepan Korea Selatan (ke-22 dunia) bagi aksi terakhir Kumpulan E.