Corak Latihan Kim Pan-gon Di Qatar Kini Berubah
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Corak latihan yang diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon di Qatar kini difahamkan telah pun berubah menjelang Piala Asia 2023.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah mencuri perhatian banyak media terutamanya di pentas antarabangsa dengan temu bual bersama laman FIFA dan Forbes menunjukkan kemampuan sebenar pelatih ini.

Harimau Malaya berada dalam momentum baik untuk meneruskan rentak cemerlang tahun 2023 terutamanya selepas menewaskan pasukan ke-98 dunia, Kyrgyzstan dan Chinesea Taipai dalam dua aksi awal di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Menerusi perkongsian oleh pertahanan kanan negara, Syahmi Safari, corak latihan yang diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kini telah berubah.

“Piala Asia menjadi pentas tertinggi setiap pemain jola sepak Malaysia. Setiap pemain mahu membuktikan sesuatu dan membantu pasukan negara untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan ini.”

Advertisements

Pengendali berusia 54 tahun itu difahamkan telah memberitahu para pemain tentang perubahan intensiti latihan bagi membantu perjalanan pemain beraksi lebih baik di Qatar.

“Jurulatih (Kim Pan-gon) ada memaklumkan kepada para pemain bahawa dalam tempoh beberapa hari ini bagi membantu pemain untuk beradaptasi dengan situasi sebenar,” ujarnya kepada FAM.

Advertisements

Malaysia memiliki rekod cemerlang di bawah kendalian Pan-gon selepas merekodkan 66 peratus kemenangan sejak mengambil alih pasukan pada tahun 2022.

Harimau Malaya akan bertemu pasukan ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram