Kim Pan-gon Beri Sebab Pilih Malaysia Berbanding Negara Lain
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi sebab terperinci tentang pilihannya untuk mengemudi Harimau Malaya berbanding negara lain.

Kisah kejayaan Malaysia kini tular ke serata dunia termasuklah ketika merakamkan kebangkitan untuk menewaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3.

Skuad kebangsaan juga melakukan kejutan untuk membenam cabaran India di Pestabola Merdeka sekaligus membuka mata ramai pihak terhadap keupayaan pasukan di bawah kendalian pengendali kelahiran Korea Selatan ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Pan-gon telah mengadakan satu temu bual bersama Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan perancangan dan hala tuju pasukan sejak beliau mengambil alih.

Bekas jurulatih Hong-Kong ini sempat berkongsikan beberapa aspek yang menyebabkannya tertarik untuk menjadi jurulatih Malaysia.

“Di Malaysia, mereka fikir adalah perkara biasa untuk mempunyai 80,000 orang menghadiri perlawanan akhir pertandingan piala di sini (Malaysia). Keghairahan untuk permainan di Malaysia begitu hebat sehingga peminat sering tidak dapat mendapatkan tiket untuk perlawanan.”

Advertisements

“Dari segi itu, yang paling menarik perhatian saya ialah kumpulan penyokong pasukan kebangsaan, Ultras Malaya. Saya sebelum ini pernah pergi ke Malaysia sebagai ketua jurulatih Hong Kong untuk dua perlawanan. Pada kedua-dua lawatan ini, saya sangat kagum dengan peminat Malaysia. “

Pan-gon juga menganggap sokongan padu oleh pemain ke-12 di laman sendiri menjadi inspirasnya untuk terus memberikan yang terbaik buat penyokong setia Harimau Malaya.

Melihat Ultras Malaya berada di belakang pasukan mereka memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi ketua jurulatih pasukan dengan sokongan seperti itu.”

Advertisements

“Apabila saya ditawarkan bekerja di sini, perkara pertama saya ialah saya mahu mencuba sekali lagi sebagai ketua jurulatih dan bukannya pentadbir. Kedua, saya tidak sabar-sabar untuk merasai sokongan peminat tersebut,” ujarnya kepada FIFA.

Malaysia memperoleh tambahan +26.1 mata untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia sebelum berdepan Jordan pada aksi pembukaan Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram