Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Malaysia, Stuart Wilkin mengakui kehadiran bintang EPL dalam kejohanan Piala Asia bakal memberikan cabaran hebat untuk Malaysia.

Advertisements

Namun Stuart tidak mahu terlalu fokus terhadap pihak lawan dan mahu bekerja keras dalam mempersiapkan diri ke kejohanan Piala Asia.

“Waktu yang mengujakan buat semua orang kerana sudah sekian lama Malaysia tidak muncul di Piala Asia.”

Advertisements

“Kejohanan ini amat mencabar kerana terdapat pasukan yang lebih tinggi kedudukan ranking berbanding Malaysia iaitu Korea Selatan.” ujar Stuart.

“Mereka pasukan Piala Dunia namun kami akan bekerja keras dan memberikan yang terbaik menentang mereka.”

Advertisements

“Beberapa pemain utama Korea Selatan bermain di EPL. Satu ujian yang besar buat kami namun kami sentiasa bersedia jika perlu berhadapan dengan mereka.” tambahnya.

Stuart Wilkin turut berkongsi pesanan daripada ketua jurulatih, Kim Pan-gon yang mahu setiap pemain kekal fokus dalam kejohanan besar itu.

“Jurulatih sentiasa berpesan agar sentiasa menghormati lawan tetapi dalam masa yang sama jangan terlalu memberi muka kepada mereka.”

“Inilah perlawanan yang kami nantikan. Jordan dan Bahrain juga merupakan pasukan yang kuat dan kita tidak akan memandang rendah setiap pasukan lawan kita.” ujar Stuart Wilkin.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram