Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon menghadapi ujian awal penuh liku di Korea Selatan.
Bekas pengendali Malaysia itu menamatkan tempohnya bersama Harimau Malaya lebih awal dengan hanya 2 tahun 6 bulan.
Jurulatih berusia 55 tahun itu akhirnya membawa haluan ke negara kelahirannya membimbing kelab terbesar di sana.
Beliau bagaimanapun bakal berdepan ujian mencabar untuk mengharungi beberapa aksi awal di K-League.
Ujian pertama Pan-gon adalah aksi menentang Daegu pada 10 Ogos 2024 sebelum berdepan Suwon FC pada 18 Ogos.
Dua lawan bukan calang-calang menanti iaitu pasukan ke-7 liga, Gwangju dan juga kelab ketiga di K-League, Pohang Steelers FC.
Ulsan HD ketika ini menduduki tangga ke-4 liga dengan 42 mata hasil 12 kemenangan selepas 25 perlawanan musim ini.