Kim Pan-gon Harap Ada Keajaiban Berdepan Kyrgyzstan
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon mengharapkan keajaiban buat pasukan itu bila berdepan Kyrgyzstan pada Jun ini.

Selepas meraih dua kemenangan dalam dua perlawanan awal Kumpulan D, usaha skuad negara untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan kesukaran.

Ini selepas skuad negara tewas dua kali kepada wakil Asia Barat, Oman pada awal pagi 22 Mac dan 26 Mac lepas.

Advertisements

Situasi ini meletakkan Malaysia di tangga ketiga kumpulan dengan enam mata, tiga mata di belakang Kyrgyzstan dan Oman.

Justeru, Harimau Malaya perlu menang baki dua perlawanan kumpulan menentang The White Falcons dan Taiwan sekiranya ingin layak ke pusingan seterusnya.

Pan-gon mengakui Kyrgyzstan satu pasukan yang lebih bagus terutama dari segi ranking FIFA. Pada masa sama, hal itu tidak akan mematahkan semangat anak buahnya bila turun berjuang di Bishkek pada Jun ini.

Advertisements

“Kita tahu perlawanan di tempat lawan (Malaysia seterusnya ialah) Kyrgyzstan. Kyrgyzstan lebih bagus daripada kita, anda tahu ranking mereka.

“Kita mencari keajaiban, mungkin kita boleh mendapat keputusan seri. Kerana kita boleh berjuang (memburu slot kelayakan) dalam perlawanan terakhir (menentang Taiwan).

“Tapi kita akan mencuba beri yang terbaik,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan Malaysia-Oman pada 26 Mac lalu.

Advertisements

Ekoran dua kekalahan yang dialami Harimau Malaya pada Mac lalu, Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia.

The White Falcons dijangka ingin membalas dendam atas kekalahan yang dialami di tangan Harimau Malaya dalam aksi pertama kumpulan.

Pasukan yang dibimbing Stefan Tarkovic itu tewas mengejut 4-3 kepada skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram