Ranking FIFA: Malaysia Jatuh 6 Tangga
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia turun 6 tangga selepas dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman tempoh hari.

Harimau Malaya mencatatkan permulaan cemerlang apabila merekodkan dua kemenangan menentang Chinese Taipei dan Kyrgyzstan.

Momentum itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan apabila berdepan pasukan ke-80 dunia, Oman apabila tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Kekalahan itu memberi kesan yang besar kepada kedudukan ranking FIFA negara apabila jatuh 6 tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.

Kemas kini terbaru FIFA ini menyaksikan Malaysia kini jatuh ke tangga ke-4 negara Asia Tenggara selepas dipintas oleh Indonesia yang mencatat tambahan mata tertinggi bagi aksi jendela Mac ini.

Advertisements

Timnas Indonesia juga memintas kedudukan Malaysia kali pertama selepas 5 tahun tidak melakukannya apabila menghuni kedudukan ke-134 dunia dengan 1102 mata sementara skuad negara mengumpul 1094 mata.

Perjuangan anak didik Kim Pan-gon bagaimanapun masih diteruskan dengan dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 masih berbaki.

Advertisements

Ranking FIFA: https://inside.fifa.com/fifa-world-ranking/men

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram