Ranking FIFA: Indonesia Pintas Malaysia Kali Pertama Selepas 5 Tahun
Asia Tenggara
PSSI/FA Malaysia
Advertisements

Ranking FIFA: Indonesia telah memintas Malaysia buat kali pertama pada kedudukan ranking FIFA selepas hampir 5 tahun tidak melakukannya.

Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya membawa prestasi yang diharapkan daripada Piala Asia 2023 apabila menundukkan Vietnam sebanyak dua kali.

Sang Garuda merekodkan kemenangan 1-0 di laman sendiri sebelum meraih satu lagi kejayaan apabila menundukkan pasukan kendalian Philippe Troussier 3-0 di Vietnam.

Advertisements

Malaysia pula mengalami nasib yang berbeza selepas ditundukkan oleh Oman dalam dua aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan keputusan 2-0.

Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya turun 4 tangga ke kedudukan 136 dunia dan membuka ruang buat Indonesia untuk memintas.

Advertisements

Indonesia memperoleh tambahan +30.03 mata untuk naik ke tangga 133 dunia dengan 1102 mata sementara Malaysia kehilangan -15.63 mata untuk menduduki tangga ke-137 dunia.

Kedudukan Malaysia dan Indonesia dipisahkan oleh tiga negara iaitu Nicaragua (134), Latvia (135) dan Lithuania (135) berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Advertisements

Kali terakhir Indonesia berada pada kedudukan lebih baik berbanding Malaysia adalah pada Jun 2019 iaitu di tangga 159 berbanding Malaysia, 168 dunia.

Perjuangan Malaysia dan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 akan diteruskan semula pada bulan Jun 2024 berbaki dua perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram