Malaysia Buntu, Tewas Kepada Oman Kali Kedua
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua bagi aksi kumpulan D menyaksikan pertembungan di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Bukit Jalil yang berakhir dengan keputusan 0-2.

Seawal minit permainan, pemain paling bernilai ABK23, Arif Aiman hampir membuka jaringan pertama pasukan namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol Oman.

Kedua buah pasukan masing-masing cuba untuk menguasai permainan. Pada minit ke-25 permainan, pertahanan terbaik Malaysia, Azam Azmi terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan.

Advertisements

4 minit sebelum masa tambahan tamat, Oman berjaya membuka jaringan menerusi sepakan penalti daripada pemain no 9, Omer Al Malki selepas Syihan menjatuhkan pemain tersebut.

Separuh masa kedua menyaksikan Kim Pan-gon membuat dua pertukaran iaitu memasukkan Brendan Gan dan Endrick Dos Santos menggantikan Daren Lok dan Syamer Kutty Abba.

Advertisements

Harimau Malaya pamer aksi memukau apabila membuat beberapa serangan yang bertali arus. Namun, tiada jaringan yang dapat dihasilkan.

Barisan pemain Oman mengekalkan konsisten yang baik dalam mengekang asakan daripada Harimau Malaya. Beberapa percubaan tepat berjaya dibuat oleh pasukan pelawat. Syihan Hazmi berjaya menyelamatkan keadaan.

Advertisements

Pada minit ke-90(+4) permainan, Oman menghukum Malaysia menerusi serangan yang bijak sekaligus menghadiahkan jaringan kedua Oman menerusi Muhammed Al-Ghafri.

Malaysia terpaksa akur tewas kepada Oman buat kali kedua tetapi kali ini di laman sendiri. Ketika ini, Malaysia duduk di tangga ke-3 peringkat kumpulan berada di belakang Kyrgysztan dan Oman dengan 3 mata perbezaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram