Advertising
Kim Pan-gon Rindu Detik Malaysia Kejutkan Korea Selatan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih merindui kenangan Malaysia mengikat Korea Selatan tahun lalu.

Tanggal 25 Januari 2024 menjadi detik bersejarah buat pasukan kebangsaan apabila melakar keputusan seri berdepan jaguh Asia, Korea Selatan pada aksi Piala Asia di Qatar.

Ad

Jaringan penyamaan penyerang naturalisasi negara, Romel Morales pada masa kecederaan babak kedua telah memastikan anak buah Pan-gon pulang dengan satu mata berdepan Taeguk Warriors.

Ad

Detik penting buat bola sepak Malaysia itu masih terpahat dalam catatan sejarah pengendali berusia 56 tahun itu yang membantu prestasi membanggakan Harimau Malaya di Stadium Al-Janoub.

Beliau menerusi satu hantaran di laman sosial mengulang tayang detik aksi terakhir kumpulan itu tatkala ia genap setahun berlalu.

Ad

“Tahun lalu, berdepan Korea Selatan di Piala Asia. Malaysia yang indah,” ujar Pan-gon dalam satu kenyataan.

Ad

Jurulatih berpengalaman ini bagaimanapun telah membawa haluan baharu apabila dilantik sebagai pengendali baharu Ulsan HD dan membantu pasukan itu muncul juara K-League.

Ad

Harimau Malaya kini dibimbing oleh pengendali kelahiran Australia, Peter Cklamovski dan bakal memulakan saingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac.