Tonggak yang memiliki pertalian darah Sepanyol-Malaysia menjadi bayangan awal bakal memperkuat pasukan Harimau Malaya.
Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa terdapat usaha untuk membawa pemain warisan dan empat pemain dalam proses dokumentasi ketika ini.
“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.
“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain,” ujar kenyataan FAM.
Wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memberi bayangan bahawa 4 pemain yang dikatakan bakal membantu pasukan kebangsaan itu adalah berasal dari Sepanyol.
“4 pemain warisan baru kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia. FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain,” ujarnya di laman X.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung mana-mana pemain dari Sepanyol yang dikaitkan untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Ujian awal Peter Cklamovski dan juga Malaysia adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini.