Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon terus memperkasakan barisan kejurulatihan menjelang musim baharu.
Pengendali berusia 56 tahun itu berjaya membawa pasukan untuk muncul juara K-League buat kali ketiga berturut-turut.
Baru-baru ini, Ulsan HD telah mengumumkan kehadiran beberapa tonggak baharu yang dibawa masuk untuk memantapkan pasukan.
Antara nama yang sah memperkuat pasukan gergasi Korea Selatan itu termasuklah Lee Jae-ik, Seo Myong-gwan, Lee Hui-gyun, Kang Sang-woo, Heo Yool, Lee Jin-hyun, Park min-seo, Moon Jun-in dan Yoo Jae-seok.
Bukan itu sahaja, usaha memantapkan Ulsan HD diteruskan apabila bekas Ketua Metodologi Manchester City, Joao Nuno Fonsesca menyertai barisan kejurulatihan Pan-gon.
Beliau kali terakhir berkhidmat sebagai pembantu jurulatih Valenciennes bagi saingan liga divisyen tiga Perancis.
Joao juga pernah berkhidmat bersama Qatar FA pada tahun 2015-2016 dan juga Benfica B pada tahun 2019-2021 selaku pembantu jurulatih.
Ulsan HD akan mengarungi aksi persahabatan menentang MSK Zilina sebelum menghadapi Lokomotiv Moscow pada 24 Januari 2025.