Kim Pan-gon Terpaksa Sisihkan Syamer Kutty & Azam Azih
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dua pemain tengah kebangsaan, Mohd Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih terpaksa disisihkan daripada kem Harimau Malaya menjelang aksi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Seramai 25 pemain telah dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon bagi menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kali ini. Berdasarkan senarai tersebut, Kim Pan-gon telah mengekalkan 20 daripada 25 pemain dalam edisi kejohanan Pestabola Merdeka 2023, Oktober lalu.

Lima orang pemain yang kembali dipanggil perkuat kem kebangsaan ialah Sikh Izhan Nazrel, Shahrul Saad, Syahmi Safari, Afiq Fazail dan Mohamadou Sumareh.

Advertisements

Menurut siaran media yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, pemain tengah JDT, Syamer Kutty dan pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih masing-masing terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

“Bagaimanapun, dua pemain, Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan,” ujar FAM.

Kem latihan ini bakal dijalankan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 10 November 2023.

Advertisements

Latihan pusat ini dilihat sebagai persiapan terbaik Malaysia sebelum menentang pasukan Republik Kyrgyz pada 16 November di Stadium Nasional Bukit Jalil dan aksi menentang Chinese Taipei pada 21 November 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram