Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon mengulas keputusan untuk menyertai jaguh Korea tersebut.
Pengendali berusia 55 tahun itu telah meninggalkan Harimau Malaya selepas dua tahun 6 bulan berkhidmat buat pasukan.
Beliau menamatkan teka-teki masa depannya apabila secara rasminya menjadi Ketua Jurulatih Ulsan HD.
Kim Pan-gon bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hong Myung-bo yang kini beralih arah memimpin skuad kebangsaan Korea Selatan.
Bekas jurulatih Hon Kong ini jelas bermotivasi tinggi untuk membawa cabaran jaguh K-League itu yang kini menghuni tangga ke-4 liga.
“Ini adalah tugasan jurulatih rasmi pertama saya dalam Liga Korea. Tekanan dan jangkaan wujud seiring.
“Saya rasa jauh, tetapi saya mahu menunjukkan kemahiran yang matang kepada peminat bola sepak Korea,” jelasnya.
Beliau sebelum ini bertugas di Korea Selatan sebagai Pengarah Teknikal bersama skuad kebangsaan bermula tahun 2018 hingga 2022.
Sepanjang bersama Malaysia, Kim Pan-gon telah membantu peningkatan signifikan ranking FIFA negara dan juga membawa pasukan ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun.