Jaguh Korea Selatan, Ulsan HD telah melantik bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu.
Perkara ini diumumkan di laman rasmi Ulsan HD mengenai pelantikan jurulatih berusia 55 tahun ini untuk mengemudi pasukan.
Teka-teki mengenai perjalanan pengendali kelahiran Korea Selatan ini menjadi tanda tanya selepas meninggalkan Harimau Malaya minggu lalu.
Pan-gon juga mengakui teruja untuk menyertai pasukan tersebut setelah kali pertama bergelar jurulatih kepada kelab di K-League.
“Saya adalah jurulatih rasmi pertama dalam Liga Korea. Tekanan dan jangkaan wujud serentak. Saya rasa jauh, tetapi saya mahu menunjukkan kemahiran yang matang kepada peminat bola sepak Korea,” jelasnya.
Kim Pan-gon sebelum ini mendedahkan bahawa beliau turut menerima tawaran untuk melatih pasukan kebangsaan Hong Kong namun tidak berminat untuk ke sana buat kali ketiga.
Pan-gon bakal menggantikan tugas bekas pengendali, Hong Myung-bo yang kini bergelar Ketua Jurulatih Korea Selatan.