Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjawab misteri ketiadaan Saddil Ramdani.
Pemain kelahiran Indonesia itu tidak berada dalam skuad sejak beberapa perlawanan terakhir sekaligus menimbulkan tanda tanya.
Ketiadaan tonggak lincah ini selain Darren Lok juga yang baru pulih daripada kecederaan menjejaskan rentak serangan The Rhinos.
Spekulasi hangat mengaitkan perpindahan Saddil Ramdani ke Indonesia dengan Persib Bandung dikaitkan menjadi destinasi baharunya.
Kim Swee tampil menjelaskan situasi sebenar melibatkan pemain sayap ini yang masih dilanda kecederaan.
“Masih lagi cedera. Stuart Wilkin dan Saddil serta beberapa pemain masih lagi cedera. Jadi kita kehilangan ramai pemain utama.
“Ada beberapa pemain yang mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti Saddil, Stuart dan Gabriel. Jadi kita harus fokus kepada pemain sedia ada,” ujar Kim Swee selepas perlawanan di Stadium Cheras.
Kekalahan 3-0 di tangan KL City menyaksikan Sabah tewas 4 daripada 5 pertemuan terakhir dalam semua kejohanan.
Sri Pahang bakal menjadi lawan Sabah bagi aksi seterusnya pada 9 Ogos 2024 di Temerloh.