“Kita Kena Lawan, Kenapa Nak Serah Diri Pula?”
MakanBola
Aima/MakanBola

Malaysia bakal memperagakan aksi terbaik dan semangat melawan tinggi bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Perkara ini ditegaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui media tatkala meninjau perkembangan pemain negara, Faisal Halim.

Beliau menzahirkan rasa optimis untuk terus melihat kebangkitan Harimau Malaya susulan dua kekalahan kepada pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0 tempoh hari.

Sungguhpun pelbagai insiden yang melanda arena bola sepak Malaysia termasuklah kes serangan terhadap dua pemain negara iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim, Hamidin tetap meletakkan semangat juang yang tinggi.

“Mana boleh kita (Malaysia) menyerah diri dengan Kyrgyzstan, kita mesti lawanlah. Kenapa kita nak menyerah diri pula?

“Walau bagaimanapun, dengan usaha saya yakin peluang kita 50-50 dengan Kyrgyzstan. Saya pun sudah maklumkan kepada Kim Pan-gon dan dia ambil maklum.

Barisan kejurulatihan kini giat mencari pengganti kepada dua tonggak negara iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjelang dua pertemuan penting aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kita akan berusaha keras dan beliau telah mengenal pasti siapa nak menggantikan Faisal Halim nanti pada bulan Jun,” katanya ketika ditemui media hari ini.