Kobe Chong Tiba Di Malaysia, Impian Penyokong Bakal Jadi Kenyataan?
MakanBola
AFC Telford

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong sudah tiba di Malaysia.

Tonggak berusia 22 tahun itu sebelum ini memberi bayangan akan terbang ke Malaysia beberapa minggu lalu dan akhirnya menjadi kenyataan.

Beliau telah mengembangkan sebahagian besar kariernya di Eropah menimbulkan tanda tanya mengenai keberadaannya di Malaysia.

Sebelum ini, laman Frfuturetalents melaporkan bahawa proses dokumentasi Wan Kuzain dan Kobe Chong semakin hampir yang membolehkannya mewakili Harimau Malaya

Namun begitu, terdapat beberapa sumber melaporkan bahawa bekas pemain muda Cagliari di Itali ini berpotensi besar untuk mewakili salah sebuah kelab di Liga Super.

Menerusi satu hantaran oleh Kobe Chong di laman Instagram, beliau sudah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Copy of Untitled Design 38 Kobe Chong Tiba Di Malaysia, Impian Penyokong Bakal Jadi Kenyataan?

Kali terakhir beliau dikesan beraksi di England bersama King’s Lynn Town dengan kontraknya dijangka tamat pada 30 Jun 2025.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebelum ini telah memberi bayangan bahawa beliau menagih pemain berkualiti untuk membantu cabaran negara beraksi di Kelayakan Piala Asia tahun hadapan.