Advertising
Komen Cristiano Ronaldo Tentang Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid
MakanBola
Kylian Mbappe

Lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memberi komen tentang perpindahan bintang Perancis, Kylian Mbappe yang secara rasminya menyertai Real Madrid.

Saga perpindahan pemain Paris Saint Germain (PSG) itu telah hangat diperkatakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Spekulasi tersebut akhirnya tamat apabila pemain berusia 25 tahun itu secara rasminya melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu.

Ad

Perpindahan ini menarik perhatian kapten Al-Nassr, Ronaldo yang berpuas hati dengan usaha Madrid untui mendapatkan tonggak penting ini.

Ad

Beliau merasakan ini pula masanya untuk melihat kejayaan Mbappe ketika menyarung jersi putih penuh bersejarah Real Madrid.

“Masa saya untuk melihat kamu. Teruja untuk menyaksikan kamu mewarnai Santiago Bernabeu,” ujar Ronaldo pada ruangan komen hantaran Mbappe.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by MakanBola English (@makanbolaen)

Ad

Tonggak utama pasukan kebangsaan Perancis itu difahamkan menyertai Los Blancos dengan perpindahan percuma dengan jumlah gaji yang diterima jauh lebih rendah berbanding tawaran tahun 2022.

Mbappe menjaringkan 27 gol daripada 29 penampilan di Ligue 1 musim lalu selain meledak 46 gol daripada 77 penampilan bersama Perancis.