Kylian Mbappe Sah Sertai Real Madrid Secara Percuma
Transfer
MakanBola
PSG
Advertisements

Bintang sensasi PSG, Kylian Mbappe menepati ramalan ramai apabila sah menyertai pasukan Real Madrid secara percuma.

Mbappe sebelum ini telah mengumumkan dirinya tidak akan memperbaharui kontrak bersama kelab gergasi PSG dan akan berpindah keluar setelah tamat musim 2023/2024.

Advertisements

Wartawan sukan yang merupakan sumber paling dipercayai ramai, Fabrizio Romano akhirnya berkongsikan berita perpindahan Kylian Mbappe ke Real Madrid.

Pemain Perancis itu telah menandatangani kontrak bersama juara Eropah tersebut dan berita rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

Advertisements

Minat Real Madrid untuk mendapatkan Mbappe tidak pernah padam dan Mbappe juga mahu mencari cabaran baru menjadikan perpindahan ini berjaya direalisasikan.

Lebih menarik, Mbappe yang ketika ini memiliki nilai pasaran €180 juta (RM919 juta) akan menyertai Los Blancos secara percuma dan PSG tidak akan memperoleh sebarang wang atas perpindahan pemain itu.

Advertisements

Kylian Mbappe merekodkan 44 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 48 penampilan buat PSG musim ini selain membantu PSG memenangi kejuaraan liga Perancis serta Piala Perancis dan Piala Super Perancis.

Advertisements

Kehadiran pemain berusia 26 tahun itu pastinya akan menjadi senjata utama Real Madrid di bahagian serangan pasukan setelah Madrid hanya bergantung kepada Joselu selaku penyerang tengah pasukan musim ini.

News Comments Account