Advertising
Komen Kim Pan-gon Selepas Tewas Kali Pertama Bersama Ulsan HD
MakanBola
Ulsan HD FC

Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon mengakui kesukaran beraksi dengan 10 orang pemain membawa kepada kekalahan pertamanya dalam saingan K-League 1 musim 2024.

Ulsan berharap dapat meneruskan rentak cemerlang menentang Suwon FC selepas menewaskan Daegu pada 10 Ogos lalu.

Ad

Malangnya, rentak juara K-League 1 musim 2023 itu terjejas apabila pegawai sistem bantuan video pengadil (VAR) mengesan tindakan Joo Min-kyu menyiku Lee Jae-won.

Ad

Keadaan ini mengakibatkan pengadil melayangkan kad merah kepada bekas penjaring terbanyak liga musim 2023 itu. Suwon kemudiannya mendahului menerusi Son Jun-ho pada separuh masa pertama.

Pelawat menggandakan kelebihan mereka pada separuh masa kedua menerusi Anderson Oliveira. Meskipun Ulsan berjaya merapatkan jurang menerusi Gustav Ludwigson, itu sudah terlambat buat tuan rumah.

Ad

Pan-gon mengakui kelebihan 11 pemain yang dimiliki Suwon memberi kesukaran kepada anak buahnya. Pada masa sama, beliau memuji kesungguhan Ulsan untuk cuba bangkit dengan 10 pemain.

Ad

Pan-gon percaya ini amat berguna dalam membantu pasukan itu untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada akhir musim nanti.

Ad

“Amat sukar (bermain) dalam separuh masa kedua tanpa seorang pemain. Tetapi para pemain yang beraksi telah berikan yang terbaik.

“Satu kerugian untuk terlepas satu peluang keemasan yang besar. Anda perlu heret perlawanan sebegini agar terikat dan terbalikkan (keputusan perlawanan) untuk memenangi kejuaraan. Anda perlu cuba layak mendapatkan kejuaraan sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan Sports Chosun.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu berharap Ulsan dapat bangkit dalam aksi separuh akhir pertama Korea FA Cup dengan Gwangju pda 21 Ogos ini.