Kontrak Tan Cheng Hoe Di Police Tero 3 Bulan Sahaja?
MakanBola
Police Tero FC
Sponsors

Jodoh pengendali Police Tero, Tan Cheng Hoe bersama pasukan itu dilaporkan lebih singkat daripada apa yang disangka.

Cheng Hoe sebelum ini menyertai kelab Thai League 1 itu pada penghujung bulan Februari lalu. Ini selepas beliau memilih meninggalkan kelab sebelumnya, Selangor FC secara mengejut.

Ad

Dalam tempoh 11 perlawanan mengendalikan The Silver Shield Dragon, beliau hanya meraih dua kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.

Ad

Itu tidak cukup untuk menghalang kelab berkenaan daripada mengalami penyingkiran ke Thai League 2 untuk musim 2024/25. Police Tero tersingkir bersama dua lagi pasukan, Chonburi dan Trat.

Kini, SiamSport melaporkan pengurusan The Silver Shield Dragon mahu mencari seorang jurulatih baru untuk saingan Thai League 2 musim hadapan dan tidak memperbaharui kontrak Cheng Hoe.

Ad

Hal ini menimbulkan tanda tanya kerana berdasarkan semakan di Transfermarkt, kontrak bekas jurulatih Harimau Malaya itu hanya tamat pada 30 Jun 2025.

Ad

Namun begitu, beberapa laporan di Thailand termasuk SiamSport menyatakan tempoh kontrak Cheng Hoe lebih singkat daripada jangkaan iaitu tiga bulan.

Ad

Sekiranya perkara ini berlaku, maka beliau akan menjadi figura kedua di bangku kejurulatihan yang meninggalkan Police Tero.

Sebelum ini, penolong jurulatih merangkap penjaga gol pasukan, Sinthaweechai Hathairattanakool memilih meninggalkan pasukan sebelum perlawanan terakhir liga.