Advertising
Pembantu Tan Cheng Hoe Di Police Tero Letak Jawatan
MakanBola
Police Tero FC

Bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe kehilangan khidmat penolong jurulatihnya di Police Tero, Sinthaweechai Hathairattanakool.

Ini selepas Sinthaweechai memutuskan untuk meninggalkan kelab itu meskipun Thai League 1 masih berbaki satu perlawanan.

Ad

Keputusan penolong jurulatih berusia 42 tahun itu diumumkan Police Tero menerusi satu kenyataan di platform media sosial mereka semalam. Selain menggalas peranan sebagai penolong jurulatih, beliau juga merupakan penjaga gol pasukan.

Ad

“Sinthaweechai Hathairattanakool telah menamatkan peranannya sebagai penolong jurulatih Polis Tero FC.

“Bekas penjaga gol Thailand, Sinthaweechai Hathairattanakool telah ditambah ke pusingan kedua musim 2021/22 dengan memakai baju nombor 22 untuk pasukan.

Ad

“Sinthaweechai Hathairattanakool membuat 53 penampilan untuk Polis Tero F. C. dan mengumpulkan 14 perlawanan tanpa bolos.

Ad

“Polis Tero FC mengucapkan terima kasih kepada saudara Sinthaweechai Hathairattanakool semasa bersama kami. Beliau mengambil alih peranan penjaga gol, penolong jurulatih kelab dan berdedikasi kepada pasukan.

Ad

“Kelab ini mengucapkan selamat berjaya kepada beliau dalam karier bola sepak yang seterusnya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Meskipun Sinthaweechai tidak menyatakan destinasi terbarunya, portal sukan Thailand, Think Curve mendedahkan beliau akan mengambil alih peranan sebagai jurulatih Chonburi.

Ini kerana musim ini merupakan musim terakhirnya sebagai penjaga gol profesional. Sinthaweechai akan menggantung but pada akhir musim sebelum dilaporkan mengambil alih jawatan berkenaan.