Korea Selatan Berisiko Jadi Seperti Indonesia
MakanBola
Korea FA
Sponsors

Arena bola sepak Korea Selatan dalam bahaya selepas pendedahan yang dibuat bekas pembantu jurulatih Korea Selatan, Andreas Herzog.

Menerusi beberapa laporan yang tular di media sosial, Herzog dikatakan membuat pendedahan bahawa Presiden KFA terpaksa membuat keputusan memecat Jurgen Klinsmann sebagai ketua jurulatih kerana tekanan politik.

Ad
Sponsors

Herzog juga berpendapat bahawa pergelutan antara Son dan Kangin memusnahkan apa yang telah dibina Klinsman dan pasukan kejurulatihan selama berbulan-bulan lamanya.

Ad

Perkara tersebut dicoret oleh seorang wartawan terkenal Korea Selatan, Steve Han yang berkongsi hantaran mengenai isu tersebut.

“Herzog menulis satu ruangan, mendakwa presiden KFA yang ‘sentiasa menyokong’ itu terpaksa membuat keputusan (memecat Klinsmann) kerana tekanan politik dan menambah bahawa pergelutan antara Son dan Kangin memusnahkan apa yang telah dibina selama berbulan-bulan,” coret Steve Han di laman X.

Ad

Pendedahan Herzog itu sekali gus menjadikan Korea Selatan dalam bahaya kerana melibatkan campur tangan kerajaan dalam organisasi bola sepak.

Ad

Jika siasatan mendapati ada campur tangan daripada kerajaan, Korea Selatan berisiko digantung oleh FIFA sama seperti yang pernah berlaku kepada beberapa negara lain seperti Indonesia dan Kuwait.

Ad