Korea Selatan Cemas, Hilang Hwang Hee-chan Berdepan Thailand
Asia
Korea FA
Advertisements

Kem Korea Selatan digemparkan apabila kehilangan khidmat pemain sayap sensasi, Hwang Hee-chan tatkala bakal bertemu Thailand Mac ini.

Pemain berusia 28 tahun itu beraksi cemerlang ketika membantu Taeguk Warriors di Piala Asia AFC 2023 apabila mara ke pentas separuh akhir.

Khidmat beliau bagaimanapun masih diragukan selepas mengalami kecederaan ketika pasukannya, Wolves tewas kepada Newcastle United.

Advertisements

Ketua jurulatih pasukan, Gary O’Neil memberitahu bahawa Hee-chan mungkin terpaksa diketepikan sehingga 6 minggu.

“Hwang mengalami kecederaan hamstring pada separuh masa minggu lalu dan mahu meneruskan permainan yang akhirnya mencederakannya.”

“Dengan hamstring yang ketat, kami tidak mempunyai pilihan untuk memastikan dia berada di luar dan selamat.”

Advertisements

“Ia adalah kira-kira enam minggu untuk beliau, yang jelas merupakan bencana untuk tempat kita berada pada masa ini,” ujar O’Neil kecewa.

Kecederaan ini memungkinkan untuk beliau diketepikan oleh skuad kebangsaan menjelang pertemuan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Thailand.

Sebelum ini, Hwang Hee-chan sempat bertemu dengan delegasi dari Malaysia (Amateur Football League) yang menjalani latihan selama 12 hari di Wolves.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram