Korea Selatan Hadapi Tiga ‘Lawan’ Malaysia Dengan Barisan Terhebat
Harimau Malaya
MakanBola
Korea FA
Advertisements

Pasukan kebangsaan Korea Selatan mempertaruhkan barisan terkuat bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan tiga lawan yang pernah menentang Malaysia.

Aksi pembukaan Kumpulan C menyaksikan pasukan ke-24 dunia akan berdepan wakil Asia Tenggara, Singapura pada 16 November 2023 di laman sendiri.

Advertisements

Wakil Asia di Piala Dunia 2022 itu membuat keputusan untuk menyenaraikan muka yang hampir sama dan hanya menukar beberapa pemain pada aksi bulan Oktober lalu.

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann nyata berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang sudah menamatkan beberapa aksi awal tanpa sebarang kemenangan.

Advertisements

Taegeuk Warriors mencatatkan dua kemenangan besar iaitu 4-0 ke atas Tunisia dan juga 6-0 berdepan pasukan ke-95 dunia, Vietnam.

Khabar kurang baik buat Singapura apabila Korea Selatan terus mempertaruhkan barisan terkuat bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Antara muka penting yang terus membarisi panggilan kali ini ialah kapten pasukan, Son Heung-min, pertahanan kental Bayern Munich, Kim Min-jae dan juga dua peledak utama, Hwang Hee-chan (Wolves) dan Lee Kang-in (PSG).

Advertisements

Pasukan kendalian jurulatih Jerman ini menerima tentangan sengit daripada dua lagi lawan dalam Kumpulan C iaitu China dan Thailand.

Advertisements

Ini juga memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menilai kekuatan sebenar mereka setelah berjaya mengikat China pada satu aksi bulan September lalu.

Malah, Harimau Malaya juga sudah menumbangkan Singapura dan Thailand pada aksi Piala AFF tahun lalu sekaligus dapat memberi gambaran tentang kekuatan sebenar lawan di Piala Asia ini.

Advertisements

Korea Selatan dan Malaysia berada dalam Kumpulan E saingan Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

View this post on Instagram

A post shared by 대한민국 축구 국가대표팀 (@thekfa)

Advertisements

News Comments Account