Jürgen Klinsmann Pandang Serius Ancaman Malaysia
Harimau Malaya
KFA
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann mengakui perlu melakukan kerja rumah untuk mengetahui kekuatan sebenar pasukan negara.

Menerusi satu perkongsian Astro Arena, jurulatih kelahiran Jerman itu mengakui pertembungan antara Korea Selatan dan Malaysia amat istimewa kerana Kim Pan-gon.

Beliau menyedari bahawa Harimau Malaya dipimpin oleh pengendali kelahiran Korea Selatan yang tahu segala selok-belok bola sepak negara tersebut.

Advertisements

Katanya, beliau teruja untuk berdepan Malaysia dan Pan-gon namun perlu menyelidik kekuatan sebenar pasukan negara terlebih dahulu.

“Undian ini menyebabkan kami (Korea Selatan) menghadapi cabaran pengendali negara ini (Kim Pan-gon).

Advertisements

“Ia sangat istimewa tetapi kami akan menganalisis dan membuat kerja rumah kami untuk menyelidik Malaysia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat ini bagaimanapun tetap yakin pasukannya akan tetap lolos dan mara ke final kejohanan ini.

Advertisements

Korea Selatan ketika ini beraksi kurang baik selepas hanya merekodkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhir.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan tatkala kurang 100 hari berbaki untuk kejohanan berprestij tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram