Jürgen Klinsmann: Kalau Tak Suka Saya, Cari Jurulatih Lain
Asia
Korean FA
Advertisements

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann tidak mahu bercakap banyak mengenai kedudukannya bersama pasukan kebangsaan tersebut.

Pengendali kelahiran Jerman itu menerima kritikan dari segenap penjuru apabila prestasi kurang memberangsangkan menghantui skuad kendaliannya.

Korea Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan selepas 5 aksi di bawah bimbingannya termasuklah seri 0-0 menentang Wales baru-baru ini.

Advertisements

Jurulatih berusia 58 tahun itu yakin pasukannya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan taktikal yang mahu diterapkannya.

Klinsmann dikritik kerana sering meninggalkan pasukannya untuk ke luar negara namun beliau memiliki jawapan tersendiri.

Advertisements

Klinsmann berkata, “Tinggal di Korea sahaja adalah tidak cekap. Apabila tiada apa yang boleh dilakukan di Seoul, adalah lebih baik untuk bertemu orang di Eropah.”

“Ini adalah satu-satunya cara untuk membangunkan bola sepak Korea. Jika anda tidak menyukainya, cari sahaja pengurus lain. saya tak kisah,” jelasnya menurut laman Sports Chosun.

Advertisements

Bekas jurulatih Bayern Munich ini yakin apa yang dilakukannya adalah yang terbaik untuk pasukan Korea Selatan.

“Saya seorang yang bekerja kuat seperti orang Korea. Di mana sahaja saya berada, saya bekerja untuk pasukan kebangsaan Korea.

Advertisements

“Apa yang boleh saya katakan, saya 100% fokus pada Piala Asia. Saya juga ingin menekankan bahawa untuk berjaya, saya mesti pilih apa yang saya fikir adalah cara terbaik untuk bekerja.”

Perkara ini memberi kelegaan kepada lawan mereka di Piala Asia terutamanya Malaysia untuk memanfaatkan situasi yang terjadi di kem Korea Selatan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dengan aksi berdepan pasukan terbaik Asia itu bakal berlangsung pada 25 Januari 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram