Advertising
Korea Selatan Tumbangkan Iraq
Asia
MakanBola
FA Korea

Aksi persahabatan antara Korea Selatan dan Iraq menyaksikan keputusan akhir memihak kepada Taeguk Warriors dengan jaringan 1-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti New York itu menyaksikan pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann menurunkan kesebelasan kedua dengan beberapa nama besar duduk di bangku simpanan.

Iraq terlebih dahulu hampir di depan selepas hantaran lolos Ali Jasim berjaya menemui Ibrahim Bayesh namun berjaya diselamatkan oleh Kim Seung-gyu.

Ad

Korea Selatan kembali menggandakan usaha dan hampir meletakkan pasukan di hadapan namun percubaan Oh Hyun-gyu berjaya diselamatkan.

Ad

Usaha keras pasukan ke-23 dunia ini membuahkan hasil apabila rembatan dari luar kotak penalti oleh Lee Jae-sung berjaya menewsaskan Jalal Hassan pada minit ke-40.

View this post on Instagram

A post shared by 대한민국 축구 국가대표팀 (@thekfa)

Ad
Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Ad

Bersambung babak kedua, anak didik Jesus Garcia kembali rancak melakukan serangan namun percubaan bintang Korea Selatan hampir menggandakan kedudukan.

Beberapa pertukaran penting oleh juara dua kali Piala Asia ini dengan memasukkan kapten pasukan, Son Heung-min untuk mencari gol kedua tidak kesampaian.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak kepada Korea Selatan dengan keputusan 1-0.

Korea Selatan mencatatkan 6 kemenangan bersih dalam semua aksi terakhir sementara Iraq telah tewas dua aksi sebelum ke Piala Asia.

Malaysia bakal menjadi lawan bagi Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E yang dijadualkan pada 25 Januari 2024.