Nilai pasaran skuad Malaysia yang dibawa ke Piala Asia telah pun berjaya mengatasi beberapa pasukan 100 terbaik dunia sekaligus membuktikan perkembangan yang amat baik tahun 2024.
Skuad kendalian Kim Pan-gon dibarisi muka berpengalaman di pentas tertinggi Asia itu apabila layak secara merit selepas 43 tahun.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memilih untuk mempertaruhkan muka baharu seperti pemain naturalisasi negara, Romel Morales dan juga beberapa bintang berpengalaman seperti Natxo Insa dan juga Brendan Gan.
Tatkala setiap pasukan sedang melakukan persiapan terbaik untuk menghadapi siangan penting itu, Harimay Malaya bakal berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria sebagai perlawanan tunggal.
Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai pasaran pemain Malaysia kini memcecah 6.73 juta Euro (RM34 Juta) dan berada di tangga ke-19 Asia.
Kedudukan Malaysia berjaya mengatasi beberapa negara yang berada dalam kelompok 100 terbaik dunia seperti Palestine, Vietnam dan Kyrgyzstan.
Antara pemain paling bernilai dalam skuad Malaysia ialah Dion Cools (RM3.8 Juta), Arif Aiman (RM2.8 Juta) dan Faisal Halim (RM2.04 Juta).
Vietnam (ke-94 dunia), Palestine (ke-99 dunia) dan Kyrgyzstan (ke-98 dunia) masing-masing dengan nilai pasaran sebanyak RM3.25 Juta, RM3.23 Juta dan RM3.18 Juta.
Pasukan matahari terbit, Jepun menjadi pasukan dengan nilai pasaran pemain tertinggi di Piala Asia iaitu setinggi 316.95 Juta Euro (RM1.62 Bilion).
Malaysia bakal membuka cabaran berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan bagi aksi Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al-Janoub dengan misi untuk mara ke pusingan kalah mati kejohanan berprestij ini.