Ads
Harimau Malaya
Edited By FZ

Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic tetap melaungkan keazaman untuk meraih mata penuh berdepan Malaysia sungguhpun pasukannya dalam kemelut prestasi yang berpanjangan.

Advertisements

Pengendali kelahiran Slovakia ini yakin kepulangan 12 tonggak utama pasukan yang mengalami kecederaan sebelum ini memberi tonik tambahan buat pasukan.

Advertisements

Krisis ini bermula selepas Kyrgyzstan hanya mampu meraih tempat ke-4 dalam aksi CAFA Nations Cup pada bulan Jun lalu.

Advertisements

Advertisements

Dalam pertembungan peringkat kumpulan, pasukan ke-96 dunia ini tewas kepada Iran dengan keputusan 5-1 sementara hanya meraih kemenangan menerusi ‘bye’ ke atas Afghanistan.

Bagi aksi penentuan tempat ke-3, mereka sekali lagi tewas kepada Oman dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Prestasi buruk ini dibawa bagi aksi persahabatan bulan Oktober lalu apabila Kyrgyzstan sekali lagi tewas 2-0 kepada Bahrain dan 1-0 kepada Filipina.

Antara pasukan lain yang turut menewaskan Kyrgyzstan pada tahun 2023 ialah India (2-0), seri berdepan Myanmar (1-1) sekaligus memberi kelebihan buat Malaysia di laman sendiri.

Pengendali tersebut juga sudah mencari titik kelemahan Malaysia dan yakin pertemuan ini bakal menjadi sangat menarik.

“Ramai, sudah tentu ramai. Pasukan itu memiliki kelemahan seperti pasukan kuat lain. Kita tahu kelemahan pasukan Malaysia dan kita perlu memanfaatkannya.”

“Namun begitu, kita perlu menjangkakan perlawanan esok bakal menjadi sukar. Saya percaya kita akan beri persembahan terbaik dan tunjuk prestasi bagus.”

Advertisements

Malaysia akan berdepan Kyrgyzstan pada 16 November 2023 jam 9 malam di Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram