Kualiti Harimau Malaya Raih Pujian Dua Jurulatih Eropah
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Kualiti yang dimiliki oleh Harimau Malaya menerima pujian dua jurulatih kelahiran Eropah.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan berjaya membuka mata ramai pihak terutamanya selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Penambahan mata FIFA sebanyak +10.16 mata membuka lembaran baharu pada era Pau Marti Vicente menjelang sepak mula Piala AFF Mitshubishi Electric akhir tahun ini.

Ad

Persembahan hebat Harimau Malaya menerima pujian Ketua Jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic yang mengesan perubahan ketara kualiti Malaysia berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

”Perbezaan yang sangat ketara dengan Malaysia dahulu terutamanya dengan 7-8 pemain warisan. Mereka (Harimau Malaya) memiliki kualiti yang hebat dan mereka kini adalah pasukan terbaik.

Ad

Lubnan juga bergelut untuk menembusi gawang negara sepanjang 90 minit bermain dengan Radulovic yakin skuad negara bakal bertambah baik pada masa hadapan.

Ad

“Kami (Lubnan) berada dalam Balang 1 manakala Malaysia dalam Balang 2, mungkin kita akan bertemu semula, kita tengok Disember nanti.

Ad

“Walau bagaimanapun, kalian (Malaysia) mempersiapkan skuad yang sangat kuat,” jelasnya.

Sebelum ini, pengendali Chinese Taipei iaitu Gary White mahu mengikut langkah yang dilakukan oleh Malaysia bagi memperkuat skuad negara.

Antara langkah yang mahu diambil olehnya adalah mencari lebih ramai pemain warisan yang berkelana di luar negara.

“Ia sebahagian daripada perancangan untuk mengambil pemain warisan. Ramai pemain beraksi di US dan Jepun. Kita dalam fasa untuk mengikut jejak langkah Malaysia kerana kita perlukan pemain berkualiti,” katanya.