Kualiti pasukan Harimau Malaya terima pujian jurulatih kelahiran Montenegro.
Skuad kebangsaan berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024 apabila menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil ledakan Romel Morales.
Kekecewaan jelas terpancar dari wajah pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic apabila anak buahnya tewas kepada pasukan ranking lebih rendah.
Jurulatih berusia 56 tahun itu memaklumkan bahawa tambahan beberapa pemain warisan ke dalam pasukan kendalian Pau Marti telah memberi impak yang cukup besar.
”Perbezaan yang sangat ketara dengan Malaysia dahulu terutamanya dengan 7-8 pemain warisan. Mereka (Harimau Malaya) memiliki kualiti yang hebat dan mereka kini adalah pasukan terbaik.”
Lubnan juga bergelut untuk menembusi gawang negara sepanjang 90 minit bermain dengan Radulovic yakin skuad negara bakal bertambah baik pada masa hadapan.
“Kami (Lubnan) berada dalam Balang 1 manakala Malaysia dalam Balang 2, mungkin kita akan bertemu semula, kita tengok Disember nanti.
“Walau bagaimanapun, kalian (Malaysia) mempersiapkan skuad yang sangat kuat,” jelasnya.
Malaysia akan mengharungi aksi persahabatan seterusnya pada bulan Oktober menentang New Zealand di Auckland.