Kuching City Bakal Hilang Sentuhan Irfan Bakti?
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti dilaporkan telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada pengurusan Il Gatto hari ini.

Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dan Zulhelmi Zainal Azam hari ini.

Tindakan tersebut dibuat sebagai bertanggungjawab atas kemerosotan prestasi pasukan dalam Liga Super. Musim 2023 menyaksikan Il Gatto hanya menang sekali, seri tiga kali dan kalah 12 kali.

Advertisements

Ini merupakan kali kedua Irfan menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai jurulatih Kuching City FC.

Bagaimanapun, perletakan jawatan beliau yang dibuat pada kali pertama ditolak oleh pengurusan Il Gatto yang mahu beliau kekal sehingga tamat saingan Liga Super.

Tetapi kali ini, Irfan sudah membayangkan akan berbuat demikian selepas Il Gatto tumbang 2-1 di tangan Perak FC.

Advertisements

“Jadi, saya akan jumpa management, saya bertanggungjawab segala-galanya. Sukar saya nak cakap,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan Kuching City FC-Perak FC pada Ahad lepas.

Sekiranya perletakan jawatan Irfan diterima, ini akan menjadikan beliau jurulatih kelima yang meninggalkan pasukan Liga Super selepas Choi Moon-sik (Kelantan FC), Tomas Trucha (Kelantan United FC), Azzmi Aziz (PDRM FC) dan Frank Bernhardt (Kelantan FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram