Kumpulan yang dihuni oleh dua pasukan di Asia Tenggara, Indonesia dan Thailand mengalami nasib serupa di Piala Asia AFC 2023.
Sang Garuda terpaksa menelan hakikat pahit untuk menamatkan cabaran pada pusingan ke-16 setelah tewas kepada Australia dengan keputusan 4-0.
Thailand pula mengharungi tempoh yang cukup baik pada kempen kali ini namun terpaksa akur ditundukkan. oleh Uzbekistan.
Kekalahan Jepun di tangan Iran dengan keputusan 2-1 itu menyaksikan tiada wakil Kumpulan D yang berjaya mara ke pentas separuh akhir pada edisi kali ini.
Keadaan sama terjadi kepada dua wakil Kumpulan F yang mara ke pusingan kalah mati namun ditundukkan oleh lawan masing-masing.
Aksi separuh akhir menyaksikan dua wakil Kumpulan E akan bertemu sesama sendiri iaitu Jordan dan Korea Selatan.
Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Iran dan juga Qatar dalam misi merebut tempat ke final tahun 2023.