4 Pasukan Kumpulan D Tersungkur Awal Di Qatar
Asia
JFA/AFC
Advertisements

Tiada satu pun pasukan daripada Kumpulan D yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia AFC 2023.

Kekalahan Jepun di tangan Iran dengan keputusan 2-1 menamatkan perjalanan kesemua pasukan Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pada awal saingan.

Sungguhpun memiliki tiga wakil ke pusingan kalah mati, Indonesia menjadi wakil pertama teringkir selepas dibelasah Australia dengan keputusan 4-0.

Advertisements

Kemaraan Iraq dan Jepun ke peringkat suku akhir ternyata tidak lama apabila masing-masing tewas kepada Jordan dan Iran.

Ketika ini, satu slot ke separuh akhir bakal ditentukan oleh Qatar dan Uzbekistan yang bakal beraksi pada 3 Februari 2024.

Dua slot separuh akhir telah diisi oleh wakil Kumpulan E iaitu Korea Selatan yang membenam Australia dan juga Jordan yang mengalahkan wakil Kumpulan D, Iraq dengan keputusan 3-2.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram