Kylian Mbappe Enggan Promosi Arak Di Piala Dunia
Piala Dunia
Hadrien Grenier
Advertisements

Selepas tamat perlawanan Piala Dunia 2022, lumrah bagi pemain terbaik perlawanan (MOTM) diberi anugerah MOTM yang ditaja oleh Budweiser. Tetapi bagi bintang PSG Kylian Mbappe, beliau sengaja tidak menunjukkan nama jenama arak itu pada trofi setiap kali mengambil gambar MOTM dengan terbaru selepas perlawanan Kumpulan D menentang Denmark.

Bagi pemain-pemain lain dari Gareth Bale hingga Lionel Messi, perkara ini bukan satu isu kepada mereka. Tetapi tidak bagi Mbappe yang melihat dirinya sebagai ikon kepada generasi muda. Bagi graduan AS Monaco itu, beliau tidak mahu imejnya yang bersih selama ini dikaitkan dengan jenama arak seperti Budweiser yang boleh memberi pengaruh buruk kepada generasi muda.

FIFA dan Budweiser juga tidak mempunyai kuasa untuk memaksa Mbappe mengubah pendiriannya itu. Ini kerana mengikut laporan akhbar Perancis L’Equipe, penyerang PSG itu mempunyai hak sebagai atlet untuk tidak mempromosikan jenama arak, perjudian mahupun makanan ringan.

Advertisements

Selain tidak mempromosikan jenama Budweiser, Mbappe juga enggan menghadiri sebarang sidang media pasca-perlawanan Piala Dunia membabitkan Perancis. Penyerang PSG itu tidak mahu jawapan yang diberi menjadi pencetus spekulasi baru tentang masa depannya di Parc des Princes. Dan sebagai tanda sokongan, Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) bersedia membayar denda mana-mana pemain yang enggan menyertai sidang media pasca-perlawanan termasuk Mbappe.

Perancis mahu bangkit dalam perlawanan pusingan kalah mati menentang Poland selepas dimalukan Tunisia 1-0 di peringkat Kumpulan D. Jika berjaya menewaskan Poland, mereka bakal menanti England atau Senegal di peringkat suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram