Kyoto Sanga ‘Ajar’ JDT Taktik Kalahkan Sanfrecce Hiroshima
MakanBola
KS/JST

JDT menerima maklumat berguna menjelang aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Sanfrecce Hiroshima.

Ini selepas jurulatih kelab itu, Bartosch Gaul mendedahkan Sanfrecce bergelut dengan taktik hantaran bola jauh.

Taktik tersebut digunakan Kyoto Sanga ketika berdepan Sanfrecce dalam aksi terbaru J-League 1 Kumpulan B baru-baru ini.

Selepas Sanfrecce mendahului menerusi Hayato Araki, Kyoto kemudiannya meraih kemenangan menerusi Rafael Elias dan Henrique Trevisan.

Gaul kemudiannya mengeluh kerana taktik hantaran bola jauh yang digunakan Kyoto memerangkap pasukan itu sehingga dibolosi dua gol.

“Ini lumrah sukan jadi memang akan ada kesilapan secara semula tetapi kesilapan itu menyebabkan gawang dibolosi. Ini sekaligus menukar kawalan rentak permainan kemudian dan pihak lawan mula menekan kami kuat.

“Hanya hantaran bola panjang yang dilhantar masuk sahaja sudah cukup untuk mencipta peluang buat lawan sehingga gol berjaya dijaringkan,” katanya.

JDT bakal berentap dengan Sanfrecce di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 4 Mac ini.