Ads
Asia
Kyrgyzstan FU

Selepas tewas 4-1 kepada Uzbekistan semalam, Kyrgyzstan perlu mengelak tewas lagi dalam tiga lagi aksi pemanas badan pra-Piala Asia 2023.

Advertisements

The White Falcons sebelum ini sudah mengatur empat aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2023.

Advertisements

Empat lawan tersebut ialah Uzbekistan (25 Disember), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (30 Disember), Iraq (5 Januari 2024) dan Vietnam (9 Januari 2024).

Advertisements

Advertisements

Jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic melihat empat perlawanan ini bukan saja sebagai medan menguji keserasian barisan pemain yang dipanggil.

Malah, beliau melihat lawan-lawan yang dipilih serupa dengan lawan yang bakal dihadapi dalam kumpulan mereka, Kumpulan A.

Advertisements

Kyrgyzstan berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Qatar, China dan juara Pestabola Merdeka 2023, Tajikistan.

Kekalahan malam tadi merupakan kekalahan ketujuh yang dialami The White Falcons dalam tahun 2023.

Advertisements

Tarkovic berharap anak buahnya dapat bangkit bila turun menentang UAE di Abu Dhabi pada 30 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram