Advertisements
Kyrgyzstan Beri Amaran Keras Kepada Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Haziq/MakanBola

Wakil Kumpulan D aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Kyrgyzstan memberi amaran keras kepada Malaysia menjelang aksi Jun nanti.

Skuad kendalian Stefan Tarkovic mengharungi musim yang agak bercelaru namun kembali mendapat rentak dalam tiga aksi terakhir.

Kyrgyzstan juga melonjak 4 anak tangga setelah merekodkan dua kemenangan berdepan Chinese Taipei sekaligus gah mendahului saingan kumpulan dengan 9 mata.

Sungguhpun Malaysia telah menewaskan Kyrgyzstan pada aksi pembukaan dengan keputusan 4-3, cerita semasa kedua-dua pasukan sudah berubah.

Harimau Malaya tewas dua aksi terakhir selain turun ke tangga 137 dunia berbanding 132 dunia setelah kehilangan hampir -15 mata FIFA kepada Oman.

Kyrgyzstan pula menjadi pasukan ketiga paling cemerlang pada bulan Mac 2024 ini apabila mengumpul mata FIFA tertinggi iaitu +16.63 mata untuk kembali memasuki kelompok 100 terbaik dunia.

Malaysia pula akan berdepan lawan pada bulan Jun 2024 dalam misi untuk menghidupkan peluang kemaraan ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.