Kyrgyzstan Lakukan Rombakan Saat Akhir Berdepan Malaysia
Harimau Malaya
Kyrgyz Kurama
Advertisements

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan melakukan rombakan mengejut beberapa hari sebelum menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Malaysia.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menghadapi ujian hebat pasukan ke-96 dunia.

Aksi pembukaan ini dijangka bakal menerima sambutan hangat ‘ekor’ Harimau Malaya yang bakal memberikan rasa gerun kepada lawan yang dalam kemelut prestasi.

Advertisements

Menerusi perkhabaran terbaru yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Kyrgyzstan, pasukan tersebut difahamkan terpaksa melakukan rombakan pemain saat akhir.

Sebelum ini, jurulatih pasukan, Stefan Tarkovic ada memaklumkan bahawa beliau bakal membawa barisan terkuat dengan 12 pemain utama pasukan bakal kembali bersama pasukan.

Advertisements

Persiapan akhir pasukan bagaimanapun dipalit dengan isu kecederaan yang melibatkan penjaga gol Kyrgyzstan sekaligus terpaksa diganti.

“Kutman Kadyrbekov telah dipanggil ke pasukan kebangsaan, bersama-sama dengan Marcel Islamkulov.”

Advertisements

“Marcel tidak akan dapat mengambil bahagian dalam kem latihan November atas sebab kesihatan, ujar kenyataan pasukan.

Aksi Malaysia dan Kyrgyzstan berlangsung pada 16 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9 malam.

Advertisements

Kemenangan akan membolehkan Harimau Malaya memperoleh tambahan +15.49 mata sementara tambahan 11.16 mata jika turut berjaya menewaskan Taiwan.

Berdasarkan kiraan mata FIFA, jika Malaysia berjaya meraih kemenangan pada aksi menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, skuad kendalian Kim Pan-gon ini mampu melonjak naik ke kedudukan 129 dunia.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram