Advertising
Kyrgyzstan ‘Rantai’ Syria
MakanBola
Kyrgyzstan Kurama

Aksi persahabatan antara pasukan Kyrgyzstan dan Syria menyaksikan keputusan perlawanan berakhir dengan seri.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shabab Al-Ahli itu merupakan aksi tertutup sambil kedua-dua pasukan menguji gandingan baharu dalam pasukan.

Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia kelihatan bergelut pada awal permainan untuk melakukan hantaran-hantaran jauh kepada jentera serangan.

Ad

Kyrgyzstan cuba datang sesekali menerusi serangan balas pantas bagaimanapun tidak mendapat sebarang jaringan pada babak pertama.

Ad

Bersambung babak kedua, kem pasukan Kyrgyzstan bertukar ceria selepas Ayzar Akmatov tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-48.

Jaringan itu memaksa ketua jurulatih Syria, Hector Cuper melakukan beberapa pertukaran penting.

Ad

Usaha itu membuahkan hasil apabila percubaan ke kencang Ibrahim Hesar pada minit ke-71 berjaya menerjah jaring untuk gol penyamaan.

Tambahan masa 4 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kelal hingga wisel penamat dibunyikan.

View this post on Instagram

A post shared by Syrian Football Association (@syrianfa)

Syria ketika ini merekodkan perjalanan yang kurang lancar selepas hanya mencatatkan dua kemenangan dalam 6 aksi terakhir sementara Kyrgyzstan menang satu sahaja aksi dalam tempoh yang sama.

Malaysia bakal menjadi lawan seterusnya buat Syria dengan kedua-dua pasukan sedang melakukan persiapan ke Piala Asia 2023.