Lamine Yamal Rai Gol Dengan Sujud Syukur
MakanBola
FIFA World Cup

Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal meraikan gol pertamanya di pentas Piala Dunia dengan sujud syukur.

Keraian itu dibuat bagi meraikan gol beliau pada minit ke-10. Yamal diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama menentang Arab Saudi selepas hanya diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Jepun.

Yamal membalas kepercayaan jurulatih La Roja, Luis de la Fuente dengan meledakkan gol pertama. Sejurus selepas meraikan gol, pemain berusia 18 tahun itu melakukan sujud syukur.

Sujud itu dibuat sebagai tanda syukur Yamal kepada Ilahi. Ini kerana selain meraikan gol berkenaan, beliau juga bersyukur dapat membantu Sepanyol selepas kembali cergas sepenuhnya.

Keputusan semasa menyaksikan Sepanyol mendahului 3-0 sehingga rehat. Selain Yamal, dua lagi gol dicetak penyerang Real Sociedad, Mikel Oyarzabal.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pemain bola sepak yang beragama Islam memilih melakukan sujud setiap kali menjaringkan gol atau meraikan kejayaan pasukan.

Tindakan tersebut bukan saja menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. Malah, ini secara tidak langsung memecahkan stereotaip negatif terhadap Islam terutama di negara-negara Barat.

Ini gol ketujuh Yamal bersama Sepanyol dalam 27 penampilan di pentas antarabangsa.