Latihan Malaysia B-23 Dibatalkan Serta-Merta
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih skuad muda Malaysia, Juan Torres dikatakan telah membuat keputusan untuk membatalkan sesi latihan negara serta-merta.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi yang kini berada di Qatar sambil memberi informasi terkini berkenaan pasukan kebangsaan di sana.

Malaysia B-23 mengalami dua kekalahan pahit apabila tunduk di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.

Advertisements

Kekalahan itu secara tidak langsung telah menutup peluang buat pasukan muda negara melangkah ke pusingan berikutnya.

Laporan terbaru melaporkan bahawa latihan skuad muda negara telah pun dibatalkan berkuatkuasa serta-merta menjelang aksi pertemuan menentang Kuwait.

“Sesi latihan skuad muda negara yang sepatutnya berlangsung hari ini dibatalkan. Latihan sepatutnya berlangsung pada jam 8-9 malam waktu Qatar”

Advertisements

“Pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan ingin memberikan tempoh bertenang kepada pemain negara susulan motivasi pemain sangat rendah setelah mengalami kekalahan kedua bertemu Vietnam,” ujar laporan Astro Arena.

Perkara ini diburukkan selepas Malaysia B-23 memberikan 5 sepakan penalti dalam 4 perlawanan yang diharungi sekaligus memberikan kesan besar kepada keputusan yang diperolehi.

Tinjauan di laman sosial FA Malaysia juga menunjukkan skuad negara hanya menjalani latihan kecergasan di dalam gimnasium sahaja.

Advertisements

Malaysia B-23 memiliki tugas besar untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata menentang Kuwait sebelum pulang ke tanah air.

Aksi tersebut dijadualkan berlangsung pada 23 April 2024 jam 11 malam waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram