4 Kesilapan Sama Kembali Hantui Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

4 kesilapan sama kembali menghantui Malaysia tatkala cabaran beraksi di Piala AFC U-23 sudah menemui titik noktahnya.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa menyaksikan skuad muda negara mengalami kekalahan kedua sekaligus tersingkir daripada pentas Asia.

Dua jaringan daripada sepakan bola mati yang disempurnakan oleh Van Khang Kuat dan Vo Hoang Ming Khoa memastikan anak didik Juan Torres tersingkir awal.

Advertisements

Kerisauan bagaimanapun terarah kepada perjalanan skuad muda negara yang kelihatan kembali mengulangi kesilapan demi kesilapan dalam perlawanan yang diharungi.

Malaysia B-23 tewas 2-1 ketika bertemu China tatkala dua jaringan lawan hadir menerusi sepakan penalti sebelum dihukum dengan kesilapan sama menentang Qatar B-23.

Keadaan ini jelas memberi impak besar kepada Malaysia B-23 apabila menghadiahkan sepakan penalti dalam dua aksi awal peringkat kumpulan menentang Uzbekistan dan Vietnam.

Advertisements

Sebagai rekod, Malaysia telah menghadiahkan 5 sepakan penalti dalam 4 perlawanan terakhir dan bolos 7 jaringan sepanjang mengharungi perlawanan tersebut.

Aksi terakhir menanti Malaysia B-23 apabila dijadualkan bertemu Kuwat pada 23 April 2024 jam 11:30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram