Lebih 5,000 Tiket Terjual Aksi Kelantan RW vs Terengganu
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC

Kehangatan aksi pra-musim antara Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dan Terengganu FC pada 4 Julai ini mula dirasai peminat kedua-dua pasukan.

Ini terbukti apabila Kelantan RW memaklumkan lebih 5,000 tiket perlawanan aksi berkenaan sudah terjual setakat ini.

Ini bertambah daripada 2,763 tiket yang terjual yang diumumkan oleh pengurusan pasukan itu pada 28 Jun lalu.

Ramai penyokong menjangkakan angka tersebut dijangka bertambah terutama menjelang hari perlawanan pada 4 Julai.

Tiket kategori terbuka dijual pada harga RM15.00. Manakala tiket kategori astaka, premium astaka dan VIP astaka pula masing-masing dijual pada harga RM20.00, RM35.00 dan RM80.00.

Ini ditambah dengan tawaran terbaru yang dikemukakan Kelantan RW untuk menarik lebih ramai penyokong hadir ke Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV).

Penyokong memiliki keahlian Kelantan RW yang membeli tiket VIP astaka SSMIV berpeluang mendapat makanan dan minuman ketika rehat separuh masa.

Selain itu, penyokong yang memiliki kad keahlian berpeluang mendapatkan tiket pada harga RM10.00.

Penyokong Kelantan RW dan Terengganu yang belum berkesempatan mendapatkan tiket perlawanan boleh mendapatkannya di pautan ini.